Dalil I

Lirik lagu “Dalil I” oleh Ayien Rahman adalah sebuah karya yang penuh dengan refleksi, kebijaksanaan, dan pemikiran mendalam. Dalam lagu ini, Ayien Rahman menyampaikan pesan yang mendalam tentang perjalanan hidup, perjuangan, dan pencarian makna dalam kehidupan. Dia mengeksplorasi berbagai tema seperti kesengsaraan, kebenaran, perjuangan melawan godaan, dan keinginan untuk menyampaikan pesan-pesan kebenaran.

Lirik Lagu Dalil I

Matlamat dan hasrat untuk selamat martabat
Disekat kan keramat jiwa raga ditambat
Tiada indah kenangan, tukar kesengsaraan
Sakit sempit disaran, dididik celik diamal
Selepas takwil firasat, harta tidak beli dek hati
Nafsu serakah peneman ada azab kau nanti
Talam permainan mendalam bergerak di karam
Tanggung qadam yang tiada tanggung jawab dan faham
Merintih sebab cinta? itu dunia berhias
Tinggalkan aku kemudian lu takut dibidas
Berbelas das sepantas kau tusuk di qalbu
Kabur layu dikira pulak emosi yang mahu?
Mata-mata yang merah ku ikut arus takdir
Takrif luaran anasir seru ku kan datang tampil
Madah mudah ditadah, si pintar dah di ludah
Ijazah ku bermadah, tidak bergantung pada sekolah

Ayien di mana Ayien? corak gelombang bergerak
Main sekadar main, lain lawan bila teriak
Kelulusan peringkat perhati satu persatu
Tahapan paut di dahan kemudian nak nombor satu
Ujian mula beryuran mebiayai sokongan
Jumlah di tempat duduk, orang sama naik ke depan
Mungkin nasib bukan formula misi visi dibentang
Beribu-ribu semua beritma, pasti kau ditentang
Ini ada berselirat syarat-syarat lazat
Darah yang mengalir, kita dawainya urat
Komunikasi berkompromi korupsi komunis
Ka mula tak puas hati sedangkan kau tak berbaris
Catur orak diatur, ada yang porak campur
Ada yang borak sungguh, ada otaknya lumpur
Sorak-sorak yang bising sorok perangainya jin
Seeloknya kau ekori perjalanan punya scene

Jika aku teringin, angin rasanya dingin
Jika di pihak lawan, serbuan bagai anjing
Mula-mulanya aku, kemudiannya kamu
Nak ku sebab kan lagu? atau sebab benar mahu?
Ayuh ku kayuh lari ke sempadan bermutu
Gadis ayunya uji, jangan layan semua tu
Konon ku gembira hakikat borak dengan syaitan
Pagi lagi berlagu, jangan layan Ayien tak siuman
Berjuta lirik ku dah bahagi bina buku
Laku ku dalam lagu tak pernah penuh saku
Sukar dalam ini game, jalan asyik buntu
Tumbuk sepak terajang baru kau nak membantu
Kesal diri aku yang tak pernah lekat
Jalanku tidak sesat, surat ku saja kata kesat
Memori tu motivasi, pelajari bagus diri
Tapi bangga bongkak bukan ku punya puisi

Alas alasan cantik kias bidas tak dicarik
Tanda kan tempat aku sebelum kau aku tarik
Dulu pernah aku tempah, bersungguh tabah bertambah
Namun tempuh di suluh, terlewat ku berteduh
Musim berganti musim, bilik teman abadi
Bertapa pagi hari, tahmid untuk yang abadi
Simpan satu biar aku bagi nanti
Untuk sorang gadis ini dia sorang dikecuali
Itu semua menipu gadis berbumbung nafsu
Lari mana mau lari lubang bumi kan ku buru
Ku saran kan kau sasarkan sandaran pada aku
Santapan dan sarapan ku tuju pada qalbu
Seangkatan berpantun di plantun bersiul
Kan ku balun alunnya ton bagi kau terus biul
Yang meniru mencuri copypaste โ€œSirah Bumiโ€
Daif ilmu sahih tandus, kau tiru lagu โ€œSahabat Nabiโ€

Bertalu ku di uji sampai dahi sembah bumi
Kontang-kanting di armada, asyiknya ku dikeji
Dan mengaji saji taji, tolak tentang imbuhan
Walau hidup ku miskin, lagu untukmu ku hiburkan
Ku hidupkan sejarah Islam, kata ku cari nama?
Makin lama berdiam, dikata ku tunggang agama?
Benar ka? maka karma di kamar makam hamba
Beza ku = Rhutab & Tamar, bak Anbar & Ainul tama
Seterusnya penipuan datang terus mengusik
Tinggalkan harapan hadapan, harapan berkudis
Qalam bersulam kan nafsu nafsi sisanya iblis
Tersisih ku terpinggir, ditindih till hati hitam mendidih
Bara yang semakin naik, jangan cuba kacau aku
Tak kira siapa saja, mainstream pun aku sapu
Tatapan dan ketetepan takda tawaran ditetapkan
Tak pendapatan, tak bertempatan, tak kesempatan, tak berminat dan

Tak terkata dengan dunia jahil serta haru biru
Asbab punca mendongak, fasa 5 berkubu
Fasa firasat takwil firasat ku bersetuju
FItnah dengannya mehnah, sejak zamannya Andalus
Jadi ku tak nak ikut campur tentang urusan kami
Siapa yang tertangkap, tangkap serangkap catit di bahu
Lu mahu azab saqru (saqar) dan sakaratul maut
Lu mahu luza sair, diseksanya hidup-hidup
Muka-mukanya banyak berupa
Rupa-rupa lupa kata celupar
Hidup sabar, akhir masyar kau kan suka
Janji Allah, Rasul tu benar, Islam benar
Realiti indah macam bintang but terdampar
Lapar nama lapar harta tapi tidak โ€œmasaโ€
Balik tabir bulan tidak kan selalunya cerah
So lebih baik bertindak sebelum semua musnah

Pabila dikecam kejam, semua akan mengikut
Soal selidik kalut, kualiti yang mengarut
Dari zaman kejahatan ku lagi sudah berfikir
Biarkan aku lain, asalkan tak sama takdir
Mereka kelompok bermain, ku solonya berfikir
Biar orang tengok bosan, janji ku bisanya mahir
Ku bisa hadir pabila di serangan terakhir
Di selangkah yang akhir, ku bentang kitab tafsir
Mungkin dulu ku jahil, itu waktu di murka
Warta duka dan cita, ku daki menderita
Ku lalui seorang dari awalnya cerita
Tunggang terbalik waktu aku tiada nama
Riwayatnya ini, dalil yang ku sajikan
Segala penderitaan perjuangan ku lakukan
Semoga ku tetap utuh teguh berdiri tak roboh
Sudah tulis semua ini, ku akhiri di waktu subuh

Belum habis rangkap ini iya nya ku hurai
Tak murai, but ku tunai tuk mengalir bagai sungai
Yang mana meniru idea just ubah suai
Ku kerah otak sampai malam nya qiyamul lail
Seumur hidup yang ku mahu suara ku didengar
Kesedihan yang ku lalui, dihina dan dibiar
Jadi ku pergi bagai Jaafar hijrah ke Habsyah
Pikul beban, bawa doa, walau jatuh di lembah
Walaupun aku rebah, imbas kan Rasulullah
Tragis dilalui sebelum Battle of Badar
Battle of Uhud, rahmati Musab bin Umair
Saidina Hamzah juga walaupun nya dah terburai
Meski ku tafakur, usia bumi dah pun uzur
Tumbuh generasi fitnah, moga cepat dikubur
Dulu tangisi cinta macam dia pulak mahal
Tengok zahirnya okay, but tudung cuma hiasan

Kiasan sesalan, sialan bersiulan
Susulan ku singkatkan, tontonkan di siaran
Tengok ku nanti qalam aksara ku dah disebar
Time tu kau kan bergoncang, hati kau dah berdebar
Rata-rata, rasa-rasa, sukar beserta leka
Suka duka cita kata-kata kau takkan peka
Ayien belum terlambat tapi dekatnya mangkat
Kan ku rembat siapa yang suka mainnya sebat
Ku lalui kehidupan yang mana ku di gari
Makan tiada gula manis, tiada simpati
Waktu tu ku rasa hidupku sudah hampir musnah
Namun berkatnya doa, Tuhan maha pengubah
Angkatan seangkatan kan tiba haru biru
Kesesakan tekanan ku pikul dosa beribu di bahu
Tiru aku? nak kejar nama ataupun nak laku
Seterusnya menipu, kejar view yang beribu

Aku orang first bentang sirah dalam rap
Tentang sahabat Nabi walaupun youtube reject
Ku buat bukan sekali nak cuba cari nama
Before lagu Islam, 400 ribu views dah ku ada
Yang palsu yang mengikut, dan kalut dan ke laut
Diangkutnya idea, langgar semua senior
Ikut suka lah sebab dunia ini sementara
Ketaranya jalan bila amalan dah dilupa
Terkadang ku begitu kerna bergantung dek emosi
Makinnya lagi sedih, makin tambah gelap hati
Makin gelapnya hati, makin lagi ku pendam
Makin lagi dipendam, wujud iblis yang direjam
Jiwa yang bergelora, berontak ku menghurai
Tanam jiwa yang mati kerna diri selalu cuai
Tambahan cinta karut dan harapan palsu yang tinggi
Suka janji kemudian bosan dan cabut lari

Topik paling aku benci, paling malas nak ingat
Takut tercaci maki, so please tolong beringat
Ku berada dalam scene ini sangat bersusah payah
Cuba bagi mereka dengar ku punya derita
Pintar di sita hiba sita di biar hina
Penjurus ku di tinta, bisanya ku di pena
Tahap gaban ku bina agarnya kan bersinar
Kalini kuasa veto, tak berpaling yang menghina
Tak pandang ke arah ku kerna rasanya takut
Betina dah berdebar takut namanya dah muncul
Takut Ayien mengarut, musuhpun aku sahut
Apatah ada isu, lagi lah aku angkut
Tapi biar seketika, bukan topik tu yang penting
Mulut aku menutup, kalau buka lagi melenting
Jadi jangan tipu aku ambil tahu
Nak blah rasa mahu cari aku, itu tanda cari maut

Maut, jangan kritik macam dia
Tak kenal Ayien Rahman direct nak menghina
Cuba masuk live aku berapa sahabat ku bentang
Ini bukannya riak, jelas pada yang kata tidak
Ku sudah terang Abu Bakar, Umar dan Uthman
Ali dan Zubair Talhah Ubaidillah, Abdul Rahman
Said bin Zayd, Saad dan Abu Ubaidah Al-Jarrah
Ni semua sahabat Al Mubasyirun Bil Jannah
Benar aku jahat, saat di sekolah ku lembab
Tu pengajaran pengalaman tuk di ubah akhlak
Sabar ku belajar kisah Nabi pulau Kaab
Supaya nantinya dapat peringatannya taubat
Malam ini yang sunyi, seribu satu cerita
Ku sentiasa rindu Rasulullah punya cerita
Walau 1400 tahun, rasa macam semalam
Rasa bersama mereka sahabat akhlak mulia

Namun ku takut susah hati serabut
Kekacauan di minda sampai benda ni menurut
Jadi biarkan aku dulu, rahasia disembunyi
Di sudut hujung Qalbi, yang tahu hanya ilahi
Topeng ku lindung silam buruk yang tertusuk di lubuk qalbu
Dah buruk terpuruk lama bak suluk kutuk kan tutup
Biar tumbuh kan utuh kukuh dan merebak ke pelusuk
Tak kan biar kan ku gugup cukup ini penutup
Assalamualaikum

Deskripsi

Ayien Rahman menggunakan bahasa yang kuat dan metafora yang kaya untuk menyampaikan pesannya. Dia merangkai kata-kata dengan indah untuk mengekspresikan pemikirannya tentang kehidupan, agama, dan tujuan hidup. Lagu ini juga mencerminkan perjalanan spiritual Ayien Rahman dan dedikasinya untuk mencari kebenaran dan makna dalam kehidupan.

Dengan durasi lagu yang cukup panjang, Ayien Rahman memberikan ruang bagi pendengar untuk merenungkan pesan yang disampaikan dalam liriknya. Dia mengeksplorasi berbagai aspek kehidupan manusia, dari kesedihan hingga kebahagiaan, dan dari pertarungan batin hingga pencarian jati diri.

Secara keseluruhan, “Dalil I” adalah sebuah karya yang menginspirasi dan memikat hati pendengarnya dengan pesan yang mendalam dan pemikiran yang tajam.

You cannot copy content of this page